Prev Next

Kriteria Permohonan Anugerah

 

4356425-trophy-award-ceremonbbby

 

 

Berikut adalah kriteria kriteria bagi setiap anugerah yang boleh dipohon oleh semua penghuni di Kolej Kediaman Kinabalu dan juga anugerah yang boleh dipohon bagi pelajar tahun satu dan tahun dua ke atas.

 

Senarai Anugerah yang layak dipohon oleh pelajar tahun satu adalah :

1- Siswa/Siswi Aktif

2- Anugerah Harapan Seni

3- Cemerlang Akademik

4- Anugerah Harapan Sukan.

 

 

Senarai anugerah yang layak untuk dipohon oleh pelajar tahun dua dan ke atas .

1- Sri Kinabalu

2- Khidmat Cemerlang

3- Ahli Seni Serba Boleh

4- Seniman/Seniwati

5- Lencana Separuh Warna Seni

6- Lencana Penuh Warna Seni

7- Jasa Kebaktian

8- Bintang Seni

9- Pengarah Projek

10- Ahli Sukan Serba Boleh

11- Olahragawan / Olahragawati

12- Anugerah Harapan Sukan

13- Lencana Separuh Warna Sukan

14- Lencana Penuh Warna Sukan

15- Cemerlang Akademik

16- Anugerah Harapan Seni

17- Wakil Tingkat Aktif

 

 

 

Kriteria-Kriteria yang Diperlukan

 

a. Siswa/Siswi Aktif

Anugerah ini diberikan kepada penghuni kolej di kalangan pelajar tahun pertama yang aktif, menunjukkan kesungguhan dan komited dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kolej, di samping mencapai prestasi akademik yang memuaskan.

 

b. Anugerah Harapan Sukan & Anugerah Harapan Seni

Anugerah ini diberikan kepada ahli sukan dan seni dari kalangan pelajar tahun pertama yang telah menunjukkan potensi yang memberansangkan. Merupakan tunas harapan kolej dan menjadi pelapis yang akan menerajui pasukan kolej pada tahun-tahun berikutnya.

 

c. Wakil Tingkat Aktif

Diberikan kepada wakil tingkat yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, berdedikasi dan ikhlas. Diutamakan kepada wakil tingkat yang berjaya mendapatkan sokongan dan penglibatan yang menyeluruh dari kalangan warga tingkatnya.

 

d. Cemerlang Akademik

Bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kolej dan pada masa yang sama mengekalkan kecemerlangan akademik di tahap yang membanggakan.

 

e. Lencana Separuh Warna Sukan & Lencana Separuh Warna Seni

Anugerah ini diberikan kepada ahli sukan dan seni yang pernah mewakili kolej sekurang-kurangnya satu sesi. Beliau telah menunjukkan prestasi yang tinggi dalam pasukan yang disertai dan mempunyai ciri-ciri yang positif. Dianggap sebagai peneraju utama dalam sesuatu pasukan serta menonjolkan bakat yang tinggi.

 

f. Khidmat Cemerlang

Keterampilan dan komitmen yang diberikan oleh penghuni kolej yang menjadi penggerak utama dalam penganjuran projek-projek di kolej sepanjang menginap di kolej ini menjadi kriteria penting dalam pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang. Penerima anugerah juga didapati telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi.

 

g. Jasa Kebaktian

Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penghuni kolej ini atas sumbangan positif secara berterusan dan penuh keikhlasan. Sepanjang sesi calon juga telah menunjukkan kewibawaan yang tinggi dalam usaha mencurah bakti kepada kolej dalam semua bentuk kegiatan kolej. Beliau juga bersikap terbuka, mampu menonjolkan ciri kepimpinan dan kerjasama yang sihat.

 

h. Ahli Sukan Serba Boleh

Mewakili kolej sekurang-kurangnya untuk 3 acara sukan. Sebagai satu pengiktirafan kepada kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penghuni kolej di dalam acara-acara sukan yang disertai sepanjang menginap di kolej sehingga mengharumkan nama kolej ke peringkat universiti.

 

i. Ahli Seni Serba Boleh

Mewakili kolej untuk lebih dari 2 acara seni. Sebagai satu pengiktirafan kepada kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penghuni kolej di dalam acara-acara seni yang disertai sepanjang menginap di kolej sehingga mengharumkan nama kolej ke peringkat universiti.

 

j. Anugerah Lencana Penuh Warna Sukan & Lencana Penuh Warna Seni

Pernah mewakili kolej untuk lebih dari 2 sesi. Beliau telah menunjukkan prestasi yang tinggi dalam pasukan yang disertai dan mempunyai ciri-ciri yang positif. Dianggap sebagai peneraju utama dalam sesuatu pasukan serta menonjolkan bakat yang tinggi. Penerima anugerah ini juga pernah menerima Lencana Separuh Warna Sukan/Seni.

 

k. Bintang Seni

Pengiktirafan kepada kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penghuni kolej di dalam acara-acara seni yang disertai untuk lebih dari 2 sesi. Beliau telah menunjukkan prestasi yang tinggi dalam pasukan yang disertai dan mempunyai ciri-ciri yang positif. Bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti seni dan menunjukkan potensi diri yang tinggi. Penerima anugerah ini juga pernah menerima Lencana Separuh Warna Seni.

 

 

|Malam Anugerah Kinabalu |

Leave a Reply