Prev Next

Malam Anugerah Kinabalu (MAK)

 

Logo Mak Big big 2

 

 

Malam Anugerah Kinabalu atau juga dikenali sebagai MAK merupakan satu Majlis Malam Penganugerahan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya yang berlangsung setiap tahun. Majlis gilang gemilang ini akan diadakan setelah semua aktiviti diperingkat kolej mahupun diperingkat universiti selesai dijalankan. Malam Anugerah Kinabalu ini akan diadakan dalam 2 fasa, iaitu Fasa 1 di Kolej Kediaman Kinabalu dan Fasa 2 diadakan di hotel-hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur.

 

 

Majlis ini merupakan satu-satunya acara yang dapat mengumpulkan seluruh warga kolej bersama-sama bagi meraikan malam yang penuh bersejarah ini. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan tetamu undangan yang dijemput khas. Majlis ini berperanan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kolej yang telah banyak menabur jasa dan bakti serta membantu pihak kolej bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Selain daripada aktif dan berjaya di dalam aktiviti-aktiviti kolej dan universiti, mereka juga dinilai dari segi pencapaian akademik. Penglibatan pelajar yang seimbang di antara aktiviti serta pelajaran amatlah dititikberatkan oleh pihak kolej.

 

 

Walaupun jumlah pelajar yang menerima anugerah ini agak kecil dan terhad, namun jumlah mereka yang cemerlang sebenarnya adalah lebih ramai manakala yang terpilih adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Kejayaan yang di kecapi oleh pelajar-pelajar adalah hasil kerja keras dan usaha secara kolektif serta kerja secara berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pihak. Oleh yang demikian, majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan seluruh warga kolej di atas pencapaian cemerlang mereka di dalam pelbagai bidang sepanjang sesi 2010/2011.

 

 

 

OBJEKTIF

- Memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang berjaya di dalam pelajaran serta menjalankan projek kolej dengan jayanya.

- Memberikan penghargaan kepada warga kolej yang telah berusaha keras bagi mengharumkan nama kolej kediaman serta membantu pihak pengurusan untuk menaikkan nama kolej seiring dengan kolej-kolej kediaman yang lain.

-  Menggalakkan warga kolej untuk berjaya dengan cemerlang secara seimbang dalam bidang akademik, sukan, seni dan pengurusan projek yang dilaksanakan oleh para pelajar.

- Memberikan semangat dan dorongan kepada para pelajar untuk terus cemerlang pada masa hadapan serta memberi pengalaman kepada pelajar dalam menguruskan projek kolej.

 

 

 

JUSTIFIKASI

- Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar diharap dapat memberi inspirasi dan semangat kepada warga kolej yang lain untuk berjaya serta terus mengorak langkah dalam bidang atau kegiatan yang diceburi.

- Majlis yang dianjurkan ini memerlukan penyertaan daripada pelbagai kaum yang diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta membina perpaduan yang kukuh.

- Memberikan peluang, pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk bekerjasama dengan pihak luar yang terdiri daripada golongan korporat serta dapat mempelajari cara berorganisasi.

- Memperkenalkan nama kolej kediaman kepada pihak luar dan menjalinkan hubungan profesional dengan mereka sekaligus mengharumkan nama universiti.

 

 

|Malam Anugerah Kinabalu |

Leave a Reply